Monday 30 September 2013

REZEKI DARI ALLAH

Kita mesti ingat setiap rezeki ataupun nikmat semua nya datang daripda Allah, Allah yang memiliki segala2nya.

Firman Allah:
Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi ?" Katakanlah: sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan nyata.

Kita sememangnya tahu membuka sebuah perniagaan tak sama seprti menjemput rezeki datang,
ramai orang ada perniagaan tetapi tak ramai yang berjaya, tetapi yang berjaya mesti ada perniagaan. 
ramai orang mencari rezeki, tapi tak ramai yang memiliki rezeki yang berkat. Yang ni la yang kita nak 
miliki. Saya sendiri pon tengah mencari...
Ramai yang mempunyai wang, tapi tak ramai yang mempunyai hati yang tenang.
Kita selalu ingat yang rezeki atau wang itu datang daripada hasil kerja keras kita, hasil usaha dan 
kemahiran kita, kita lupa yang setiap pergerakan anggota tubuh kita xmungkin bergerak, jika tidak 
dengan izin Allah, semuanya dengan izinNYA 

Oleh yang demikian, mari la kita sama-sama perbaiki amalan kita untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.


MENJEMPUT REZEKI


CUBA TRY TIPS INI

BANGUN MALAM SOLAT SUNAT TAHAJJUD, MANDI SEBELUM SUBUH KERANA IA MENDAPAT ENERGI YANG LUAR BIASA,SOLAT SUNAT TAUBAT DAN HAJAT KEMUDIAN BERSIAP-SIAP KE MASJID ATAUPUN SURAU UNTUK SEMBAHYANG SUBUH SECARA BERJEMAAH KERANA BERDASARKAN HADIS NABI

            "Barangsiapa yang bersuci@berwuduk dengan sempurna kemudian dia berjalan menuju ke masjid untuk solat subuh berjemaah,dia akan mendapat NUR di akhirat dan setiap langkah nya akan menghapuskan dosa nya yang telah lalu."
                                                                                                                              (Riwayat Abu Daud)
Cuba untuk berzikir sebelum fajar menyinsing dah membaca quran 1 @ 2 muka surat. Kemudian mencari jalan untuk memberi sedekah walaupon RM1.00. Kemudian jangan lupa untuk solat sunat dhuha sekurang2nya 2 rakaat. 
   
    Amalkan tips ini InshaAllah