Sunday, 29 December 2013

FAHAMI SEBAB KENAIKAN



Kebelakangan ini negara kita riuh berkenaan kenaikan harga barang, kos sara hidup meningkat, kenaikan tidak sejajar dengan pendapatan..macam-macam keadaan dan situasi berlaku di negara kita masa ini. Apa usaha kita ke arah itu, memang ada beulnya juga seorang prof meminta rakyat fikir secara positif berkeaan kenaikan mendadak dan tidak memandang kenaikan kos sara hidup ini dari sudut negetif. Ada juga menteri-menteri yang bercakap dari sudut pandangan negara-negara eropah, yang mana jika kita tidak setuju, kita boleh keluar dari malaysia, jika harga gula naik jangan beli gula, jika peralatan sekolah naik, jangan beli peralatan sekolah yang mahal, jika harga ayam naik, jangan makan ayam, jika harga minyak naik jangan isi minyak, habis tu nak isi air kerr....takkan nak mintak rakyat beli bei kereta yang menggunakan hibrid pulak.. nak tak nak kita terpaksa mengisi minyak jugak sebab itu adalah keperluan, sebab itu nabi ada sabda jangan sesekali menaik harga barang keperluan yang menyusahkan orang awam. Orang kaya tak ada masalah pun kalau minyak naik sampai rm5.00 seliter, ni orang kampung yang gaji 1500 ke bawah ni..

Dari sudut hakikat nya memang semua yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t samada perkara itu membawa kebaikan kepada kita ataupun membawa keburukan kepada kita. sebab itu kita kena percaya kepada qodo' dan qadar Allah. Tetapi kita ada pilihan, contoh nya ada orang menawarkan minyak turun, harga barang ni harga barang tu turun, harga kereta turun, semestinya itu adalah  itu suatu option untuk kita memilih, adakah kita mesti menyalahkan Allah dalam isu ini. Hakikatnya semua kebaikan adalah datang daripada Allah dan semestinya semua kepayahan dan kesusahan adalah datang dari tangan-tangan manusia sendiri, Allah menuruti apa yang di minta oleh manusia itu sendiri..

Di sini kita kena banyak belajar lagi ilmu tasawuf dan ilmu berkenaan qodo' dan qadar Allah s.w.t. Jangan sesekali kita menyalahkan Allah di atas apa keburukan yang berlaku. Contohnya seorang pakcik datang ke balai polis ingin membuat aduan berkenaan rumah nya di masuki pencuri, tetapi tiba-tiba polis tu jawab "balik lah pakcik semua yang berlaku ini adalah ketentuan Allah". haha, kalau jawab macam tu hancurlah negara...

Fikir2 kan ye teman..

BAGAIMANA MENANGANI NAFSU

Soalan



Assalamualaikum warahmatullah..
Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.
Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.
Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.
Jawapan
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.
Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.
Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ
Ertinya :
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumukarena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)
Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.
Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. 

PETIKAN UZAR
untuk details sila kliks http://zaharuddin.net/rumahtangga-&-keluarga/856-ketagihan-nafsu-gelap--bagaimana-tanganinya.html

* sama2 kita pastikan nafsu kita tidak mengawal diri kita, biar kita yang mengawal nafsu kita, memang susah tapi kalau x cuba kita akan terus hanyut di lambung nafsu dan kita kena belajar bermujahadah, walaupun pun sukar Allah pasti menolong hamba nya ingin bertaubat.  

Wednesday, 25 December 2013

KELEBIHAN SURAH AL-MULK


.

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

KEJAYAAN SEBENAR

Tuan-tuan, kejayaan tuan-tuan adalah dalam mentaati perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Kebanyakan daripada kita hari ini sudah melupakan sunnah Rasul s.a.w kerana kalau kita perhatikan sunnah Rasulullah meliputi semua perkara dari sekecil2 perkara ke sebesar2 perkara maksudnya dari cara masuk tandas sekalipun kepada cara-cara pemerintahan ataupun politik. Tak boleh buat banyak, buat la sikit, buat apa-apa sunnah yang kita mampu buat. Saya bagi contoh la, umur kita 60 tahun, kalau kita amal kan satu sunnah ini iaitu sebelum tidur kita mengambil wuduk, dan istiqamah sampai umur 60 tahun, berapa banyak kita dapat pahala dengan mengamalkan sunnah ini..Masyallah.. OK, Saya nak pesan kat diri saya dan tuan-tuan, ajal kita tak tahu bila, entah selepas baca artikel ini, esok lusa bulan depan tahun depan, kita tak tahu kan, apakah persediaan kita untuk berjumpa dengan Allah s.w.t. Adakah kita rasa cukup dengan pahala amalan yang kita lakukan selama ini, jawapan nya mesti tidak kan, samada kita mahu ke tak mahu, ada persediaan ke tak buat persediaan ke, ajal kita pasti datang. Apa yang nak kita bawa berjumpa Allah s.w.t tak lain tak bukan mestilah 2 perkara kan iaitu iman dan amal. Iman yang macam mana, iman yang tidak ada sedikit pun syirik kepada Allah s.w.t, syirik besar kita semua tahu kan, memang pasti kita pun tidak akan pergi menyembah patung atau tokong2 kat gereja-gereja, ini sah-sah syirik dan murtad dan terbatal la syahadah, tetapi di sini saya nak tekan ada satu lagi syirik, iaitu syirik qhofi, syirik ni tak nampak. sebagai contoh kita mestilah percaya api tak dapat membakar kecuali dengan izin Allah, nasi tak dapat bagi kenyang kecuali dengan izin Allah, air tak dapat bagi hilang dahaga kecuali dengan izin Allah. kena percaya dan yakin semua yang berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Biasa tak dengar macam ni, tak boleh kerana tidak ada duit, maksud nya duit tu yang menyebabkan kita hidup, bukannya Allah, nasib baik kamu ada, selamat juga aku. Ini adalah ucapan-ucapan dalam sedar tak sedar membawa kepada syirik qhofi. kita sepatutnya kembali kepada Allah, sebab Allah yang menetap, menentukan segala2 nya. Kalau yang dah lepas tu kita istirfar dan bertaubat kembali kepada Allah. Ini kerana syirik adalah salah satu dosa besar yang tak di ampun oleh Allah kecuali taubat nasuha.

Kita lihat iman sahabat2 dulu, mereka di ancam nyawa dan darah tapi masih kukuh tetap mengharapkan Allah, tetapi kita hari ini hanya kerana nafsu sahaja, masuk waktu solat pun sanggup menjual akhirat dengan dunia, sebagai contoh sanggup menyiapkan kerja bos daripada menyahut panggilan Ilahi, itu namanya menjual akhirat dengan dunia, Allah akan mencabut rasa malu dalam diri kita, sebagai contoh kita malu untuk mengajak orang pergi solat, malu nak ajak bos sekali, malu untuk melakukan kebaikan. Ini lah satu rahmat yang Allah tarik dari dalam diri manusia hasil daripada kita tinggal kan kerja agama, Kerja agama tu apa, kerja agama itu adalah mengajak orang berbuat baik, mengajak orang kepada agama.

Atas maksud itulah, saya menyeru diri saya dan tuan-tuan agar kembali kepada agama, kita hidupkan kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Kita hidupkan kembali amalan yang di lakukan oleh para sahabat, para tabi'in2, salafu soleh dan ulamak2 murtabar. Tak banyak pun tak apa asalkan berterusan dan istiqomah, kita kena selalu minta dan berdoa kepada Allah agar di kurniakan istiqomah dalam setiap amalan ibadah kita. Allah tidak mendakwa kenapa orang itu tidak ikut apa yang kamu dakwah, tetapi Allah akan menyoal apa usaha kita. Oleh itu jom kita ikut JALAN ORANG MUKMIN (JOM).





hamba hina

Monday, 23 December 2013

SIAPA AINUL MARDHIAH?

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.


Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga



Sunday, 22 December 2013

KETUA BIDADARI


Zaujah Solehah Ketua bidadari syurga
Bila di katakan bahawa para bidadari di syurga nanti kesemuanya jelita, terlalu rupawan serta serba serbinya paling menarik, maka bagaimana pula dengan kedudukan kaum perempuan ‘Ahli Dunia’ akan muncul yang akan mengisi mahligai syurga kelak? Di dalam syurga kelak kaum perempuan ‘Ahli Dunia’ akan muncul jauh lebih rupawan dan menarik dari para bidadari itu sendiri. Wajah mereka lebih cantik dan jelita, kulit tubuh mereka lebih halus dan licin, demikian juga dengan perhiasan dan pakaian mereka jauh lebih menarik dan berharga dari perhiasan para bidadari di syurga. Pada waktu yang sama kaum perempuan dari dunia yang menjadi pengisi taman syurga nanti dijadikan sebagai ketua bidadari bagi suami masing-masing. lnilah ganjaran yang paling bernilai untuk mereka di mana nanti mereka akan di beri tempat yang istimewa sesuai dengan kebajikan dan amal ibadat yang telah mereka kerjakan di dunia.

Kaum perempuan di beri kemuliaan dan tempat yang lebih tinggi dari para bidadari biasa di syurga lantaran mereka telah melalui berbagai-bagai ujian yang pahit dan manis serta telah pun bertungkus lumus beribadat kepada Allah ketika hidupnya dulu. Di syurga nanti seorang perempuan yang telah bersuami akan terus kembali berpasangan dengan suami asalnya ketika di dunia dulu dan di sana nanti dialah yang bakal menjadi ketua para bidadari di mahligai suaminya. Manakala bagi seorang yang telah berkahwin dengan lebih dari seorang lelaki ketika di dunia, maka di syurga nanti yang kelebihannya mereka akan di beri kebebasan untuk memilih salah satu dari lelaki yang pernah mereka kahwini dulu.
Perempuan-perempuan ini nanti akan tujuh puluh kali ganda lebih baik mutunya dari kemuliaannya daripada bidadari biasa di taman syurga. Dan seperti yang telah di nyatakan bahawa para penghuni taman syurga nanti tidak akan menghadapi masa yang gelap seperti malam. Sebaliknya di syurga nanti para penghuninya melalui hari-harinya seperti bertemu pagi dan petang dengan suatu nur ajaib menjadi cahaya yang bakal meliputi seluruh taman syurga. Di dalam syurga itu kelak tidak akan berlaku sebarang kekecohan, pergaduhan, pertengkaran, sakit hati, hasad dengki dan berbagai-bagai lagi di kalangan para penghuninya yang ramai itu apa lagi di kalangan berpuluh orang bidadari yang menjadi isteri setiap seorang dari lelaki syurga.
Ini kerana segala bibit perasaan dengki, irihati, sombong, bongkak serta sesuatu yang seumpamanya di kikis dan di bersihkan dari hati para penghuninya. Maka aman dan damailah dan akan sentiasa bergemerlapanlah perkampungan syurga setiap saat. Apabila lelaki yang beruntung mula di hantar ke mahligai masing-masing di perkampungan syurga maka akan menunggulah para bidadari yang bakal menjadi isteri masing-masing di pintu mahligai itu dengan kerinduan yang amat sangat. Akan berkatalah para bidadari itu ketika menyambut suami mereka di hari pertemuan paling bererti di syurga nanti. Terlalu lama kami menunggu kedatanganmu. Kami sentiasa riang dan tidak pernah bersedih. Kami sentiasa lurus dan tidak pernah berlaku serong, kami juga hidup dan tidak pemah mati. Mata bidadari itu mengerdip redup dan manis dan tidak henti-henti menatap wajah suami masing-masing dengan hati yang penuh kerinduan. Berkatalah lagi para bidadari itu, “Engkau adalah kekasih kami. Dan kami adalah kekasihmu dan kami juga tidak mengenal orang lain selain darimu.”

BIDADARI SYURGA

Bidadari syurga makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambanya yang soleh, yang berbuat kebaikan dan yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari2 ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari2 ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka tertulis nama suami yang mereka rindui.

Apabila melihat ke bumi, terlihatlah oleh bidadari ini akan isteri kepada suami mereka di dunia tidak taak serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, "Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangi kamu, sesungguhnya dia hanyalah tetamu disisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkan kamu." Dalam Al Quran dan hadith banyak menyebut berkenaan dengan bidadari syurga ataupun digambarkan bagaiman susuk tubuh badannya yang bertempat disyurga dan tengah menunggu dan bersedia melayani para ahli syurga.



HADITH MENGENAI BIDADARI SYURGA
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”
Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”
Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”

Saturday, 21 December 2013

PERKARA YANG PERLU DI JAUHI OLEH WANITA

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi



REDHA SUAMI

Redha suami besar nilainya disisi seorang isteri,
di keranakan suamimu sering sahaja berusaha menutupi masalahnya di hadapanmu wahai para isteri dan berusaha untuk menyelesaikannya sendiri
sedang kamu pula sudah terbiasa mengadu masalahmu pada dia,
dengan harapan kamu mampu memberi penyelesaian kepada setiap persoalan yang kamu hadapi, padahal disaat kamu mengadu itu,
dia sedang mengalami masalah yang jauh lebih besar,
namun dia tetap mendiamkan diri saja,
masalahkamu diutamakan dibandingkan masalahnya sendiri.
ALLAHUAKHBAR 
disaat suamimu sedang mendiamkan diri waktu itulah dia sedang mengalami masalah yang besar, fahamlah wahai isteri.

Redha suami besar nilainya disisi seorang isteri,
di keranakan suamimu sanggup menghabiskan waktunya untuk mengcukupkan keprluan anak-anak mu serta dirimu wahai isteri,
sebenarnya dia tahu disisi Allah,
sepaptutnya kamu lah wahai isteri lebih harus dihormati tiga kali lebih besar daripada anak mu dibandingkan dengan dirinya sendiri,
namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan
KECINTAANYA KEPADA KAMU,
dan berharap kamu dapat yang lebih baik darinya disisi Allah.

Beasrnya perngorbanannya terhadapmu wahai isteri"




ust a.dusuki.

APA KITA TAHU TENTANG BAYI?


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. 
Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan ayat suci al-quran menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



Friday, 20 December 2013

KELEBIHAN ISTERI SOLEHAH

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali / 70 orang lelaki soleh.


2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

3. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
 
4. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

5. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

6. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang mendorong suaminya keluar untuk berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan para bidadari.  Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
 
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

10. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

13. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

14.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

15.  Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
 
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala berganda-ganda berbanding jika dibuat setelah di suruh.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu ilmu akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.




ANAK SOLEH

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.
Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku." sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Thursday, 19 December 2013

INDAHNYA SOLAT BERJEMAAH

Indahnya Solat Berjemaah


Firman Allah s.w.t : “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang yang diharapkan termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk”.(Surah at-Taubah :18)

Solat berjemaah merupakan salah satu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Dari segi bahasa membawa maksud solat secara berkumpulan. Dalam fiqh, solat itu dikira berjemaah walaupun hanya dua orang sahaja yang menunaikan solat tersebut. Maka perlulah kita hidupkannya di dalam kehidupan seharian kita selaku seorang insan yang bergelar muslim.

Para ulama’ berselisih pendapat dalam memberi hukum tentang solat berjemaah ini. Ada yang mengatakan wajib,ada yang mengatakan sunat,ada yang mengatakan ianya adalah sunat muakkad(yang dituntut). Perselisihan ini membuktikan betapa pentingnya solat berjemaah itu kepada kita kerana ganjaran bagi yang menunaikan solat secara berjemaah sangat berbeza dengan solat bersendirian. Sabda Nabi Muhammad s.a.w daripada Ibnu Umar r.a : “Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda” Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis ini ada juga perbahasan ulama yang mengatakan dengan dua puluh lima kali ganda pahala maka membuktikan betapa besarnya ganjaran yang Allah taala berikan kepada sesiapa yang menunaikan solat secara berjemaah.

Selain itu, solat berjemaah ini mempunyai banyak faedah kelebihan kepada kita lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa. Perlu kita pupuk dari awal supaya budaya solat berjemaah menjadi darah daging kita yang sangat sukar untuk kita tinggalkan. Antara kelebihan-kelebihan kita dapat jika menunaikan solat secara berjemaah ialah:

1)Saling kenal mengenali antara satu sama lain. Apabila kita pergi ke masjid kita akan berjumpa ramai sahabat-sahabat kita yang sudah lama kita kenal, baru kenal ataupun tidak kenal langsung. Maka masjid adalah ‘Rumah’ yang pintunya tidak pernah ditutup pintunya untuk menerima tetamu tidak seperti rumah kita. Jika kita tidak mengenali seseorang itu mustahil kita akan menjemputnya masuk ke dalam rumah kita dengan selamba.

2)Saling tampung menampung pahala khusyuk antara satu sama lain. 
Jika kita menunaikan solat berjemaah, tidak semua yang mendapat khusyuk dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Ada yang khusyuknya pada doa iftitah, ada yang khusyuknya pada rukuk, ada yang khusuknya pada sujud dan yang tidak khusyuk langsung.jadi ada pelbagai tempat  dan keadaan seseorang itu akan merasai khusyuk dalam solat dan secara automatik pahala khusyuk akan dapat. Maka dengan solat berjemaah ini akan saling tampung menampung pahala khusyuk dalam solat. Jika solat bersendirian kita memang tidak boleh kelebihan seperti ini.

3)Hadith Rasulullah s.a.w  yang diriwayatkan daripada Anas r.a : “Sesiapa yang solat selama empat puluh hari dalam jemaah yang tidak luput dari takbiratul ihram, maka Allah menuliskan(mewajibkan) baginya kelepasan : kelepasan dari munafiq dan kelepasan dari neraka”.

4)Allah taala akan memberi cahaya dalam kegelapan hari akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w : “Bergembiralah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”.Para ulama’ memberi maksud pada ‘ solat yang gelap’ialah solat subuh dan asar.

5)Dijanjikan oleh Allah taala dengan ganjaran syurga. Siapa yang tidak mahu masuk syurga. Hanya orang yang otaknya terputus wayar sahaja tidak mahu masuk syurga. Ini adalah janji Allah maka perlulah kita merebutnya kerana peluang tidak datang berkali-kali. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Abi Musa r.a : ”Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga”. Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar.

Ini adalah sedikit daripada kelebihan yang Allah taala ganjarkan jika kita melakukan solat secara berjemaah. Kalau nak dihimpunkan memang terlalu banyak kelebihan tentang solat berjemaah ini. Namun begitu, jangan kita lupa yang Rasulullah s.a.w pernah memberi ancaman kepada sesiapa yang mampu tetapi tidak menunaikan solat secara berjemaah maka kita jadikan ancaman itu sebagai motivasi untuk berusaha sebanyak mungkin untuk menunaikan solat secara berjemaah.
Di dalam fatrah imtihan ini mari kita panjatkan munajat kita kepada Allah disamping usaha kita mengulangkaji pelajaran. Allah taala sangat suka kepada sesiapa yang selalu meminta-minta kepadaNya. Tidak seperti kita kalau sahabat kita meminta apa-apa daripada kita setiap masa sudah tentu bukan sahaja maki hamun yang kita berikan tetapi periuk dan kuali juga akan sampai ke muka sahabat kita. Bila kita mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang dan tenteram kerana lidah kita basah dengan zikrullah akan melahirkan rasa rendah diri, hilang ego kita dan pengharapan kita kepada Allah itu akan semakin tinggi.

Semoga kita memanfaatkan nikmat yang Allah taala berikan dengan melakukan amal-amal soleh supaya kita boleh mendapat cinta Allah kerana cinta Allah tiada tandingan dari cinta-cinta yang lain.

“Jangan kita lupakan Allah takut-takut Allah akan lupa pada kita”

APA ITU ISTIDRAJ?

Istidraj ialah suatu kelebihan atau keunggulan yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya yang bukan dari golongan orang-orang yang bertakwa dan soleh, termasuk juga sebahagian hamba-Nya yang kafir dan membangkang terhadap Islam. Kelebihan itu sengaja diberikan oleh Allah kepada mereka agar mereka bertambah jauh dari Allah dan bertambah maksiat kepada-Nya, sampai pada waktu dan batas yang ditentukan. Pada umumnya diakhiri dengan akibat buruk bagi orang itu. Contohnya, kekuasaan dan keunggulan yang diberikan kepada Firaun. Yang mana dengan kekuasaan itu, Firaun tidak bertambah taat kepada Allah. Bahkan makin bertambah derhaka kepada Allah s.w.t, malah mendakwa dirinya sebagai Tuhan.

Istidraj ialah tindakan maksiat yang Allah balas dengan nikmat dan Allah membuat dia lalai untuk beristighfar, sehingga dia semakin dekat dengan adzab sedikit demi sedikit, selanjutnya Allah berikan semua hukumannya.

Istidraj ialah ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan adzabnya.   

Pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Rupa-rupanya nikmat, kesenangan, kemewahan adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
  
Allah berfirman, “Nanti Kami akan menghukum mereka dengan (istidraj) beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.” (Al-Qalam: 44)

Rasullulah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."  Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah, “Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al-An’am: 44) (HR. At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Wallahu a'lam.

KENAPA SOMBONG?

Kejayaan manusia ialah dalam mentaati perintah Allah, Kita hidup adalah dengan takdir Allah s.w.t, Allah menjadikan kita adalah untuk beribadah kepadaNYA. Kita patut bersyukur dengan segala nikmat yang telah ditakdirkan kepada kita, semua nya hanyalah pinjaman semata-mata, cuba kita renung pada diri kita, apa hak milik kita, ada ke kita yang punya, tidak ada kan. semua yang kita usaha telah Allah sediakan. tidak ada yang milik kita. Mengapa kita sombong dengan Allah, contoh dalam solat kita tengok, ada di antara yang tidak ambil berat pun tentang solat ini, masuk waktu kita melengah2kan, buat macam tak ada apa2 pun berlaku, lagi berat ada yang tak solat langsung, masuk waktu solat buat tak tahu jer, macam beruk dalam hutan.  apakah yang menyebabkan kita sombong dengan Allah sedangkan solat lah amalan yang pertama di hisab,rosak solat rosak lah semua amalan. Bagaimana kita hendak berdepan dengan Allah di akhirat nanti, apakah kita rasa sudah cukup amalan2 lain untuk cover amalan solat ini, jawapannya mesti lah tidak. Orang yang solat pun belum tentu lagi di terima inikan pula orang yang melalaikan solat ataupun tidak solat langsung. di mana sifat kita sebagai hamba. Ini kerana solat adalah menjadi penghubung hamba dengan Allah. sebagai seorang yang percaya tentang hari akhirat, syurga neraka tidak ada sebab kita meninggalkan solat,

Orang yang mendapat nikmat adalah orang yang Allah memberi agama kepada mereka, apabila Allah sayang kepada mereka Allah beri kefahaman agama kepada mereka dan apabila Allah sayang lagi dan lagi, Allah akan bagi mereka buat kerja agama, iaitu berdakwah.

Berdakwah ni bukan untuk ustaz sahaja kita pun kena buat kerja ini, hanya cakap kat seseorang "Allah kuasa manusia tak ada kuasa" tu pun di kira dakwah, mengajak orang kepada Allah.


"Sampai kan kebaikan walaupun sepotong ayat"



Wednesday, 18 December 2013

BUKIT UHUD

Ini gambaran bukit uhud jabal uhud, bukit ini berwarna merah, Bukit ini menjadi lokasi peperangan antara musyrik mekah dan Muslimin. Pertempuran berlaku sekitar 625 masihi. 
Baginda s.a.w bersabda " jika ingin melihat bukit yang ada dalam syurga, lihat lah bukit uhud"

Ini lah gambaran yang sempat saya snap pada kembara saya ke kota Madinah yang lalu. begitu indah sekali. Bukit ini begitu istemewa sekali kerana banyak jasad2 para syuhada' dan sahabat nabi yang telah di tanam di atas bukit uhud. 








Manakala ini tempat persembunyian para pemanah-pemanah muslimin dan bukit ini menjadi benteng daripada dicerobohi oleh Kahlid Al Walid yang mana pada waktu itu belum memeluk islam, oleh kerana keingkaran sahabat-sahabat nabi mendegar arahan nabi, ramai para sahabat yang telah syahid termasuk paksadara nabi Saidina Hamzah.





Sabda nabi s.a.w: "Sampai la dariku walaupin sepotong ayat"

PAYUNG GERGASI


Ini lah payung raksasa di Madinah dimana ia akan berkembang dan tertutup secara automatik. Ini lah yang sempat saya rakamkan gambar pergerakan payung tersebut. Ketika cuaca panas terik, payung-payung gergasi tersebut automatik berkembang dan memayungi jemaah yang ingin menunaikan ibadah.








Ini adalah video di beri ikhlas oleh kawan saya, tengok lah pegerakan dia..cantik kan...