Tuesday 17 December 2013

GUA HIRAQ

Semalam mertua saya berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah, rasa sedih pun ada sebab tidak ada rezeki dari Allah kali ini, memang impian saya untuk solat depan kaabah dan melawat maqam Rasulullah s.a.w. potongan hadis ini menceritakan segala2nya, Rasulullah bersabda "barangsiapa yang menziarahi kuburku sesudah wafatku maka baginya seperti menziarahiku katika hidupku".

Tapi Allah maha kaya, sebab tahun lepas saya dah dapat merasainya. Saya nak kongsi sedikit mengenai (jabal nur) gua hiraq yang saya ziarah pada kunjungan saya hari itu,  Apabila melihat ketinggian dan kesukaran untuk mendakinya, terlintas di akal fikiran saya bagaimana dan betapa besar nya perngorbanan zaujah baginda Siti Khadijah yang mana naik turun untuk menghantar makanan kepada baginda Nabi s.a.w. kerana keadaan bukit yang amat tinggi sekali sedangkan waktu itu juga tidak ada tangga dan kemudahan awam untuk naik ke atas, tp hari ini kita di bekalkan dengan tangga walaupun tidak secantik tangga rumah kita.
Betapa indah nya perasaan dalam hidup ini seperti mimpi apabila dapat mencecah kaki ke gua hiraq, sungguh indah pemandagan dari atas bukit, saya tidak menunggu lama dah terus mengambil kesempatan untuk solat sunat 2 rakaat, dengan keadaan yang sempit dan berebut2 dengan pengunjung dapat jugak saya sujud syukur. saya nak kongsi beberapa gambar menarik gua hiraq di waktu malam. Ini lah beberapa gambar yang sempat saya rakam kan. Kami merinduimu Ya Rasulullah.






Hadis Nabi s.a.w:
Sesiapa yang menziarai aku di madinah dengan mengharapkan pahala, maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untuk membelanya pada hari kiamat .(HR Baihaki)


No comments:

Post a Comment