Tuesday, 10 December 2013

AMARAN ALLAH

Kebelakangan ini banyak amaran Allah terhadap negara ini sejak akhir-akhir ini.. rasuah yang teruk, tsunami kecil, pergolakan negara-negara jiran, jenayah yang makin menakutkan, kenaikan kos hidup dalam pelbagai aspek, banjir besar, konflik dalam kalangan rakyat dan macam macam lagi..semua itu tanda-tanda bahaya yang sedang menjelma..berdoa dan kembalilah kita kepada Tuhan sebelum terlambat..

Hidup adalah kembara..merentasi satu perjalanan sehingga ke penamatnya yang kita tiada berita tentang bila..susah dan payah..puji dan fitnah..bahagia dan derita..suka dan derita..segalanya boleh menjelma untuk menjadi bekal ke syurga..atau menjadi punca ke neraka..Ya Allah! Matikan kami dalam keadaan menyerah diri kepadaMU dan masukkan kami dalam kalangan mereka yang soleh.

Istilah berehat sebenarnya bukan di dunia ini bahkan mati pun bukan suatu tempat istirehat bagi kita kerana kita akan menempuh satu lagi perjalanan yang panjang iaitu alam barzakh, dimana alam ini akan menetukan hala tuju kita samada ke syurga ataupun neraka. Kita tidak tahu berapa lama kita akan berada di alam barzakh.
Sesudah alam barzakh satu lagi alam yang menjelma iaitu alam akhirat, alam ini kita akan di hisab oleh Allah swt atas segala amalan2 yang kita lakukan atas dunia ini. Hamba yang lemah ini mengajak tuan2 dan sahabat untuk sama-sama muhasabah diri kita, apakah dengan amalan kita, kita akan masuk ke dalam syurga, tentu sekali tidak tetapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Wallahua'lam...

3 comments:

  1. manusia mudah lupa...walaupun telah byk peringatan dr allah..

    ReplyDelete
  2. cam tu la kite ni..sentiasa ingat mati la...

    ReplyDelete