Saturday 12 March 2016

GLOBAL: JUTAWAN TERMUDA



OSLO - NORWAY . Gadis berusia 19 tahun dinobat jutawan paling muda di dunia selepas Forbes mengeluarkan senarai individu terkaya Selasa lalu.

Kekayaan Alenxandra Andresen, 19, dianggarkan berjumlah $1.2 billion (RM 4.95 bilion) manakala kakaknya, Katharin yang berusia 20 tahun  turut tersenarai individu termuda kedua terkaya dengan jumlah kekayaan yang sama
Alenxandra menduduki tempat ke 1,475 dalam senarai Forbes.
Memetik The Independent, pada tahun 2007, bapanya Johan H. Andresen memindahkan saham syarikat pelaburan milik keluarganya, Ferd Holding sebanyak 42 peratus kepada kedua remaja itu.

Walaupun pemilikan saham dipindahkan pada tahun 2007,  pemilikan mereka hanya menjadi pengetahuan umum pada 2014 disebabkan oleh undang-undang cukai yang melindungi individu bawah umur.
Keluarga Andresen membina kekayaan sebagai pengeluar rokok terbesar Norway.

Syarikat ini telah diturunkan dari generasi ke generasi sehingga bapanya, Johan menjual saham syarikat itu.
Johan melabur dana ke dalam syarikat pelaburan swasta dipanggil Ferd Holdings dan memberikan anak-anak perempuannya setiap pegangan pemilikan 42.2 peratus.


Walaupun dibesarkan dalam kemewahan, kedua-dua remaja itu tetap mengamalkan cara hidup sederhana malah hanya memandu kereta terpakai.

No comments:

Post a Comment