Monday, 13 October 2014

PULANG KE RAHMATULLAH DAN BERGEMBIRALAH DI SANA WAHAI IBU

PENGORBANAN seorang ibu terhadap semua anak-anaknya adalah besar. Bukan sahaja sebagai orang yang melahirkan malah melindungi dan mendidik supaya anak menjadi manusia berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tidak pernah mengeluh di atas penat lelah, malah tidak juga mengharapkan pengorbanan itu dibalas dengan wang dan benda. Cukuplah kalau menjadi orang yang berguna serta tidak memalukannya dengan tingkah laku yang mencemar agama.

Pada tanggal 23 Ogos 2014 jam 11.00 pagi, Ibuku telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Nur Zahirah K.T. Semoga Roh Ibu berada dalam rahmat Allah dan di jauhkan daripada bala bencana dan azab kubur. Semoga roh ibuku juga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh. Aku sempat berada di sebelah ibu selama 2 hari dia dimasukkan ke hospital dan melihat sendiri bagaimana dalam keadaan nazak mata ibu yg sedikit berair tertutup dengan perlahan lahan. Mungkin ibu mendengar ucapan keramat "Lailahaillallah" yg aku ucapkan di telinganya sejak dari semalam lagi. aku x berhenti bergilir2 dengan abg dan kakak aku daripada menyebut kalimah keramat itudi telinga kanannya. Semoga akhir qalam ibuku di akhiri dengan Kalimah "Lailahaillallah" ...Insyallah Aminnnn.....:-(

Al-Ahqaf [15] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluhtahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.


Sunday, 10 August 2014

BERSEDIAKAH KITA...

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari demi hari kita semakin dekat dengan kematian, kita semua akan menuju ke tempat yang sama iaitu alam kubur seterusnya alam barzakh dan alam akhirat. Sudahkan kita bersedia untuk menempuh waktu itu, adakah cukup amalan-amalan kita untuk memasuki syurga Allah swt. adakah kita pada hari ini sama shj dengan hari semalam dari sudut ibadah kita kpd Allah? adakah sama shj dengan ibadah kita ketika sebelum ramadhan baru2 ini, mintak-mintak kita semua akan lebih advance lagi dan cuba memperbaiki lagi amalan ibadat selari dengan sabda nabi " buat sikit tapi istiqomah lebih baik dari buat banyak tapi sekali sahaja."
insyallah dengan Rahmat Allah kita akan memasuki syurga Allah yag mengalir di bawah nya sungai2.

Cari lah bekalan untuk ke negeri akhirat, sebaik2 bekalan hanya la taqwa. Oleh itu banyak cara untuk menjadikan diri kita ini bertaqwa pada Allah, Cari apa sahaja kebaikan utk menghampirkan kita dengan Allah, sesungguhnya Allah bersama hambanya yang ingin melakukan kebaikan kerana Allah menyukai hamba2nya yang membuat kebaikan. Contohnya pada hari ini ramai orang yang melalaikan solat, dengar azan buat xtahu, buat sambil lewa, sedangkan itu panggilan Allah, berbeza pulak kita jika bos panggil cepat2 datang. kita buat awal fadhilatnya amat besar dan amat di sukai oleh rasulullah s.a.w. Buat lewat pon buat jugak, baik buat awal. senang cerita. tu bab solat.

Oleh itu, jom la kita mencari keredhan drpd Allah, cari la kebaikan apa yang boleh kita asal kan tidak bertentangan dengan syaria't Allah

Senyum sokmo..!! :-)

 


Tuesday, 18 February 2014

HEBATNYA MAKANAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Hebatnya Makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW

Daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).


Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.


Friday, 14 February 2014

KE MANA ROH KITA SELEPAS MATI

Soalan:Ini kisah benar yang menimpa saya dan amat merunsingkan. Kami baru berkahwin dan masih berbulan madu, suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan, saya reda. Dalam kesedihan saya bermimpi suami saya datang kepada saya seperti sebelum pemergiannya, kami gembira dan tidur bersama dengan bahagia. Selang beberapa malam di antara terlena dengan tidak, saya merasakan suami berada di samping saya, bermadu kasih dengan saya. Kemudian melarat sehingga saya benar-benar yakin, suami meniduri saya. Apakah sebe­narnya, apakah rohnya boleh balik melayan saya. Apa yang harus saya lakukan, saya benar-benar runsing sekarang.ZAHARAHLabis, Johor




Jawapan:
Saya sudah menjelaskan dalam beberapa soalan sebelum ini. Tetapi elok juga saya pertegaskan lagi bahawa, orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.
Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.
Firman Allah (Al-Mukminuun:100)

“Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan”.
Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan dibangkitkan semula
Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.
Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?
Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.
Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen. Qareen memang wujud, asalnya ia sebagai bayang-bayang, atau duplikasi daripada suami puan. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.
Oleh kerana ia bukan suami anda, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda, lindungilah diri anda dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).
Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
Wallahu a’lam
(Petikan dari ruangan bersama Dato’ Dr. Haron Din – Harakah 1-15 April 2007

Thursday, 13 February 2014

MENDIDIK ANAK CARA RASULULLAH

1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.
Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.
2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun
Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud;
“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”
Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.
Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
3) Umur anak 15 hingga 21 tahun
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka.
Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.
Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas
Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.
Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.
Oleh Hasan Adli Yahya

BOLA SEPAK DAN SUMPAH

Sumpah dalam Bola Sepak, kita baca ulasan di bawah.



1.Bola sepak Malaysia mula dilanda kemelut yang merunsingkan dan membimbangkan dengan beberapa insiden yang tidak sewajarnya berlaku, apabila ianya mula melibatkan istana dan institusi diraja. Bahkan kemelut ini sekarang turut mengheret penggunaan al-Quran sebagai bahan sumpah dalam mempertegaskan kebenaran kata masing-masing.

2. Saya tidak mahu menghuraikan hukum penggunaan mashaf al-Quran dalam sumpah kerana para ulama telah mengulas dengan jelas dalam tulisan-tulisan mereka sebagaimana Al-‘Aini berkata: “Dan di sisiku bahawa kalau bersumpah dengan mashaf al-Quran, meletakkan tangan di atas mashaf atau berkata : Demi Hak kemuliaan Al-Quran!, ia merupakan sumpah terutama pada zaman ini yang banyak berlaku sumpah-sumpah yang buruk dan minat orang awam bersumpah dengan mashaf.”

3. Al-Quran juga menceritakan sifat golongan munafiq yang seringkali bersumpah untuk membenarkan kata-kata mereka sebagaimana firman Allah dalam dalam surah At-Taubah ayat 95-96 : “Kelak mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apabila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling dari mereka. Maka berpalinglah dari mereka karena sesungguhnya mereka itu adalah najis dan tempat mereka jahannam sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. Mereka akan bersumpah kepadamu, agar kamu ridha kepada mereka. Tetapi jika sekiranya kamu ridha kepada mereka, sesungguhnya Allah tidak ridha kepada orang-orang yang fasik itu.”

4. Bola sepak hanya senaman untuk berhibur dan sukan untuk mengeratkan perpaduan tetapi Mashaf Al-Quran yang merupakan kalam Allah yang mulia digunakan tanpa memberi penyelesaian apa-apa. Pihak yang dianggap mangsa dan pemain yang dianggap saksi mula bersumpah dengan mashaf al-Quran bagi menyatakan kebenaran kata-kata mereka, sedangkan pihak yang didakwa diam dan sepi tersenyum. Sudah pasti, satu-satu pihak telah berbohong dalam sumpahnya dan mula menghina al-Quraan dengan penipuannya, walaupun tidak diketahui pihak mana.

5. Saya bimbang kemelut ini akan mencetuskan perbalahan dan sengketa yang lebih parah dengan cetusan membara dendam kesumat. Di samping itu, kerisauan berulang tragedi itu terhadap pasukan-pasukan lain yang bertandang di Johor menjadikan sukan bola sepak tidak aman dan selesa. Apakah Menteri Besar Terengganu tidak menyakini siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap insiden yang berlaku? Adakah Menteri Besar Terengganu sudah menjangkakan bahawa pihak istana Johor yang terlibat akan terlepas dan bebas ? Kenapa insiden ini berlaku dengan melibatkan institusi yang dihormati ? Apakah tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam menyelesaikan kemelut ini ? Kemelut bola sepak yang mengundang krisis keyakinan terhadap sistem keadilan negara, ketelusan pihak keselamatan dan boleh mencetus huru hara antara penyokong-penyokong.

6. Oleh itu saya menyeru agar semua pihak melihat bolasepak ini adalah sebagai satu bentuk perpaduan sesama rakyat Malaysia. Kita yang sudah ketinggalan jauh berbanding negara-negara Asia lain dalam ranking FIFA sepatutnya bersatu bagi mencapai impian kita bagi memajukan bolasepak negara dan bukan dengan perbalahan demi perbalahan yang didalangi pihak tertentu yang akhirnya akan menghancurkan sukan ini. Dan yang paling utama saya berharap agar sumpah menggunakan al-Quran ini tidak lagi diulangi dimasa depan agar kita tidak mencemari kesucian al Quran yang sepatutnya kita mengambil faedah-faedah di dalamnya untuk diamalkan dalam kehidupan kita.

KELEBIHAN HARI JUMAAT

ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Mungkin ada antara kita yang sempat dengan Sujud sejadah di masjid atau surau hari ini,
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!

1. Berlakunya hari kiamat. Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga dikeluarkan dari syurga. Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari. Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku. Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah. Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak adamood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

* jangan lupa baca surah Al-Kahfi kerana nabi bersabda: "barangsiapa yang membaca surah AL-Kahfi pada hari jumaat akan di sinari cahaya antara 2 jumaat"

Monday, 10 February 2014

CARA MUDAH NAK JADI KAYA





Mesti ramai yang terfikir nak jadi kaya kan? Kalau korang pernah terfikir, apa kata ramai-ramai pakat cuba cara-cara yang kat bawah ni.

1. Kahwin dengan orang kaya/jutawan..nanti duk kat rumah goyang kaki je.

2. Simpan sekurang-kurangnya 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan dari duit gaji..jangan simpan dalam poket, simpan dekat bank. Pastikan korang ada dua bank. Satu bank untuk gaji masuk dan satu lagi untuk simpan.   


3. Banyakkan sedekah tersembunyi

4. Minta sedekah, kalau korang tak malulah..hehe. Ada kes orang menyamar jadi peminta sedekah dan hasil yang diperolehi sampai 4k ke atas dalam masa sehari. 

5. Buat kerja part time, kisahlah nak jual burger ke, baju atau pun bukak kedai makan..sekurang-kurangnya masuk jugak side income. Yang malas nak keluar rumah, apa kata cari kerja Jobdirumah.com je.

6. Masuk skim cepat kaya, labur RM100 jadi RM100 000. Jangan terpengaruh ye dengan skim macam ni. Skim yang cepat, yang shortcut dan tak payah susah payah ni, banyaknya yang menipu. 

7. Masuk jadi ahli politik, gaji diorang berkali-kali ganda..tu belum kira dengan elaun lagi.

*Dah kaya jangan lupa hamba..:-)