Thursday 31 October 2013

PUTERA SULONG

Alhamdulillah!!! Syukur padaMu ya Allah pada 27 oktober 2013 jam 4.47 ptg lahirlah putraku yang pertama setelah 9 bulan lebih mengembara di alam rahim ibunya. Sungguh terharu setelah mendegar tangisan seorang bayi yang sekian lama kami menunggu. Seawal jam 8 pagi kami ke klinik rawatan keluarga setelah isteri saya merasa sakit dan berasa lenguh-lenguh pinggang. jam 10 pagi doctor meminta isteri berehat dalam bilik yang di khaskan dan di masukkan air dalam badan supaya mudah untuk bersalin. Di ringkaskan cerita pada jam 3 ptg isteri di bawa ke bilik bersalin dan saya pun masuk la sekali. isteri di beri nasihat oleh doc dan meminta isteri bertahan dulu kerana sebelah bilik ada seorang lagi yang hendak bersalin juga mengalami kesukaran. Saya ambil kesempatan untuk solat asar dulu.

Selepas 15 minit kemudian, saya masuk kembali dan pada ketika itu saya melihat dengan mata kepala saya bagaiman kesusahan dan kesukaran untuk melahirkan seorang anak, mungkin inilah salah satu pengorbanan seorang isteri yang mana Allah angkatkan darjat seorang ibu ke level yang tinggi

. Rasanya saya sendiri tak tertanggung melihat kesakitan yang di alami oleh isteri. Alhamdulillah tepat jam 4.47 ptg, isteri saya selamat bersalin seorang bayi lelaki yang sihat.

setakat ni la dulu, nanti sambung.:-).!!!

Wednesday 23 October 2013

PERMULAAN HOMESTAY

Alhamdulillah!!! Perancangan saya untuk menyediakan simple homestay sedang berjalan lancar. Setakat ini tidak ada halangan yang benar-benar sukar cuma halangan untuk menyambung bekalan air ke rumah sahaja mengalami sedikit kesulitan. Tapi sebelum tu, pelbagai ujian dan cabaran yang saya telah tempuhi sepanjang mengambil alih sebuah rumah kondo yang saya beli dengan harga yang murah. Harga rumah dok sapa pun 30k, cukup murah, tetapi melihat keadaan rumah tersebut saya terpaksa buat renovation semula mungkin memakan sedikit duit dalam lingkungan 8-10k.

Langkah pertama yang saya ambil adalah berbincang dengan kakak saya yang kebetulan mempunyai sebuah hardware, jadi di pendekkan cerita semua barang-barang dan peralatan untuk renovation rumah tersebut semua saya serahkan kepada kakak saya termasuk tukang saya mintak dia cari juga...hehe..tugas saya hanya keluar duit..huhhh..

Oleh kerana kewangan tidak mengizinkan maka proses renovation juga perlahan..setakat ini hanya 50% baru siap..



Thursday 17 October 2013

NIKMAT YANG JARANG KITA SYUKURI

Kadang-kadang kita lupa yang kita di kelilingi oleh pelbagai nikmat, nikmat bernafas, mendengar, melihat bercakap, berjalan, berlari, makan, minum dan banyak sangat nikmat yang tidak terhitung oleh jari jemari dan bilangan nombor waima buih di lautan pun tidak dapat menyamai nikmat yang Allah s.w.t anugerah kan kepada kita. Ramai antara kita termasuk la hamba ni yang selalu melihat nikmat yang tidak ada depan mata, kita tak nampak pun nikmat yang tersergam di depan mata. spt mana firman Allah " Kalau kamu syukur Aku akan tambahkan, kalau kamu kufur azab pedih menanti". Apakah kita hendak termasuk dalam kalangan orang yang kufur nikmat, mesti kita tak mahu kan..firman Allah lagi "Allah la yang memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki, barangsiapa yang di beri nikmat maka dia akan di beri kebaikan yang banyak dan tiada mengambil pengajaran kecuali mereka yang berakal" Al baqarah: 269.

MY STORY 2

Saya ni bukan la baik sangat tetapi di penjuru sudut hati saya ada satu perasaan kasihan belas kat orang. Pada satu hari saya mendapat panggilan dari seseorang, dia adik kepada kakak ipar saya. tak ada kene mengena pun dengan saya sebenarnya tetapi sebagai saudara seislam kita ni semua bersaudara, spt Allah sebut dalam al quran "sesungguhnya setiap orang islam itu bersaudara". Dia pun bercakap dengan saya dalam keadaan teresak2, saya pun serba salah dan dengar je la apa yang di luahkan.gini gitu gini gitu gini gitu, pendek cerita last sekali, "Mil mung boleh tolong aku x?" aku pon apa lagi jawab boleh la..dah menangis2 kesian jgk aku. "Mil boleh aku pinjam payslip mu untuk buat loan cimb express, aku tak boleh buat sebab aku dah banyak hutang dengan bank"? di situ pun aku tak dapat tangkap lagi yang dia dah bagi klu dah, yang dia dah banyak hutang bank,mesti hutang aku nanti pun dia x boleh bayar. tapi aku tak terpikir sampai macam tu, dalam hati aku, kesian ke mu SIDAH.."aku nk pinjam ni untuk buat bayar mahkamah, sebab aku nk menuntut cerai "dalam hati aku, apa kene mengena plak ngan aku.. aku janji aku akan bayar tiap2 bulan.aku janji mil..ayat manis tu...wekkk.. aku pon xcakap banyak..esokkan kami jumpa,
tanpa berfikir panjang aku serah kan payslip tu...kebetulan dia sudah bawakkan sekali document2 bank, tanpa berfikir panjang aku terus je sign, percaya sangat kan..
nak di ringkaskan cerita, setahun kemudian, bank call aku mintak aku bayar pinjaman atas nama aku, dah tertunggak 3 bulan, dalam hati aku ni mesti kerja minah yang buat pinjaman atas nama aku. rasa terkena sangat. masa tu memang hancur rasa..start daripada itu aku terus di kejar oleh bank. rupa2 nya nama aku dah di blacklistkan oleh bank negara. banyak perkara-perkara berkenaan dengan bank aku terkandas sebab nama dah di senarai hitamkan....
pinjaman atas nama aku pun dah kena..sebelum tu dah banyak pinjam duit aku tp tak bayar, kalau kira-kira cecah ribu2 jugak..mintak pun tak dapat.

 "Ya Allah aku serahkan segala2nya padaMU ya Allah, mungkin ini ujian untuk aku, mungkin ada kesilapan yang telah aku lakukan dan Allah hendak mengkifarahkan dosa aku".. insyaAllah..aminnn.

Ringkasan: jangan percaya 100%. kalau nak tolong boleh tapi jangan sampai kita di tipu.

Monday 7 October 2013

Kepentingan Solat awal Waktu

Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka. 
Ramai yang tidak mengambil berat tentang hal sembahyang ini, bila dengar azan, buat tak tahu jer,  sebagaimana Rasulullah bersabda: Apabila seseorang hamba itu solat pd awal waktu, maka solat itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah ke arasy, lalu solat itu memohon keampunan kpd Allah utk tuannya sehingga hari kiamat, ia berkata, semoga Allah emmelihara dikau sebagaimana dikau memelihara daku. Dan apabila seseorang itu solat lewat, solat itu naik ke langit bersama kegelapan, apabila tiba di langit dilipat seperti pakaian yg dilipat lalu dilemparkan ke muka nya dan berkata Allah mempersia2kan akan dikau sebagaimana dikau mempersia2kan daku."
ini sembahyang lewat tapi kalau tak sembahyang tu mcm mn yer..pikir2 kan la....kita sama2 doakan semoga kita termasuk di kalangan orang yang mengambil berat tentang solat, dan di jauhkan daripada kalangan orang yang melalai lalaikan solat...amiiiinnnnn!!!!

Friday 4 October 2013

MY STORY 1

Minggu ini sungguh sibuk rasanya, ke sana ke sini menyiapkan kerja, taka ada masa pun nak berwhattsup2 dan brfb2, kadang-kadang terfikir juga sampai bila nk macam ni, sampai bila aku terus mengejar masa. Ada juga terlintas suatu hari nanti aku nk bebas dari semua ini. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang, kata Allah “jika kamu bersyukur akan AKU tambah lagi, jika kamu kufur azab pedih menanti”. Aku bersyukur ada isteri yang selalu memahami, aku masih ada ibu, aku masih ada yang apa orang lain tak ada..aku tetap bersyukur padaMU ya Allah. Kalau nak di hitung nikmat Allah terhadap kita memang tak terkira, menulis sekarang ni pon satu nikmat Cuma kadang2 kita xsedar, nikmat melihat mendengar dan macam-macam nikmat lagi yang ada pada diri kita..kata orang bijak pandai “jangan melihat orang yang lebih kaya nanti hati kita akan huru hara, lihat la orang lebih kurang dari kita nescaya nikmat syukur itu datang”.
Jika di beri pilihan memang aku nak jadi orang kaya yang beriman daripada ahli ibadah sahaja. ada hadis mengatakan "jadilah kamu orang yang banyak memberi menafaat kepada orang lain". itu yang lebih baik kan..sambil buat ibadah dan dapat memberi menafaat kepada orang lain. 

Wednesday 2 October 2013

RESPON TAK MEMBINA

Hari ini betul2 diuji kesabaran dan silap-silap boleh mematahkan semangat jiwa yang tengah semangat nak buat bisnes ni..Btul la apa yang di war2 kan dr azizan dalam seminar2 bilau yang masyakarat kita memg selalu ingin menjatuhkan sesama sendiri, diantara alasan
"Eleh nak berniaga"
"buat apa la ko pegi program tu dah la mahal terpekik terlolong"
"ilmu ni kita bagi free jer..xpayah bayar..macam org bagi kuliah kat masjid"
"kita bgi free kita dapat"
"ko tengok ekonomi kita dah jatuh kalau ko berniaga alamat susahlah nk berjaya"

Inilah ayat-ayat yang saya dengar hari ini drpd seorang kawan, yang sakit hati tu, die xbagi peluang untuk kita bercakap, asyik dia je cakap.. asyik dia je btul...

Tuesday 1 October 2013

SYUKUR

Hari yang di tunggu semakin hampir, Menjadi seorang bapa adalah impian setiap insan yang brnama lelaki, perasaan ghairah memang tak pernah hilang bermula daripada mengetahui berita yang isteri saya di sahkan hamil. Sekarang perasaan ghairah tersebut semakin membuak-buak. Syukur pada Mu ya Allah, hanya ungkapan syukur dapat ku ungkapkan... SYUKUR SYUKUR SYUKUR padaMU ya ALLAH..Rezeki milik Allah, semua nya atas keiziznan dan kekuasaan Allah. Ada sesetengah orang menganggap ini semua hasil usaha kerja mereka sendiri, sampai suatu ketika kawan bertanya "mu x dapat anak lagi ker, dok rok cetong mu", dalam hati sabo je la, anak tu bukan hak kita, hak Allah, Allah cuma bagi pinjam je kat kita. Suka hati DIA la nak bagi ke tak nak..kerja kita hanya mampu berusaha, meminta, berdoa, bertawakkal dan yang penting bersangka baik dengan Allah. bedasarkan firman Allah: "berdoalah kamu nescaya akan ku perkenankan" ..minta dengan sabar.
Harapan saya semoga anak yang bakal di lahirkan isteri saya menjadi anak yang soleh dan akan menjadi seorang hafiz quran, fasih ilmu agama dan boleh mngajar orang lain, kerana tidak ada perkara yang paling gembira daripada mendapat anak yang soleh..itu harapan saya. Insyallah 

INTENSIF JUTAWAN INDUSTRI 2013

Selama 3 hari aku menggagahkan diri aku untuk hadir ke program hebat Seminar Intensif Jutawan Industri 2013. Pada mula aku sangkakan program ini biasa-biasa saja, tp selepas menjejakkan kaki ke program tersebut, aku terasa amat teruja apabila melihat org ramai berpusu2 mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Keadaan amat sesak sekali, alhamdulillah dengan kecekapan team-team Richworks keadaan kembali tenang sejam lebih kemudian. Aku sampai lebih kurang jam 8.00 pagi, Rasa kagum melihat sambutan yang amat luar biasa ini, aura Dr Azizan Osman memang istimewa. Aku berjaya daftar jam 8.30 pagi kemudian berlari ke tempat khas untuk geng-geng VIP, nama je VIP tp terpaksa menggunakan screen besar je untuk melihat DAO, tak dapat la melihat DAO secara dekat, rupanya ada lagi pakej yang lebih hebat super supreme dan diamond. Niat aku hanya 1 untuk belajar ilmu perniagaan, tak kisah la duk kat mana2 pon...beberapa minit kemudian keluar la seorang abang yg tidak asing lagi mana2 program DAO abang ni la yang mengambil tempat untuk memberi daya kekuatan energi dengan senaman dan jogetan yang membangkitkan 'kepoweran' kepada semua peserta. Maka start la pembelajaran aku. Pengalaman belajar nanti la aku share. ....................................................................................................................................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
Hari terakhir sangat istimewa apabila satu dewan menangis dan terharu dengan emosi yg ditunjukkan oleh DAO setelah membaca doa.
InsyAllah aku akan mempraktikkan segala ilmu yang di ajar oleh DAO.