Tuesday 10 December 2013

MUSIBAH BANJIR

Baru-baru ini pada awal bulan 12/2013 Allah telah menurunkan musibah banjir kepada sesetengah tempat di malaysia, yang teruk terjejasnya di kuantan dan kemaman. Di pantai timur ini selalu di landa banjir pada musim2 akhir tahun, tapi banjir kali amat dasyat yang mana kawasan yang x pernah di naiki air pun terjejas teruk. di katakan kawasan Chukai kemaman dan bandar kuantan lumpuh teruk akibat dinaiki air paras pinggang dan ada rumah yang tenggelam terus dan ada juga rumah, kereta dan barang2 keperluan di hanyutkan air. Kita merasa simpati terhadap saudara2 kita yang di timpa musibah ini dan kita sama berdoa agar mereka di beri pertolongan dan rahmat oleh Allah swt.

Di sebalik kejadian ini apa yang kita boleh ambil iktibar, Allah menurunkan musibah ini adalah untuk kita berfikir, dalam firman Allah "apakah kamu di kira beriman sedangkan kamu tidak lagi di uji"...  Bagi orang2 beriman mereka menganggap ini sebagai 1 ujian daripada Allah dan mereka bersabar kerana itulah sebaik2 akhlak. kata ulamak 'Allah mengasihi orang yang apabila di timpa musibah dia bersabar dan apabila mendapat nikmat dia bersyukur.' Oleh itu, saya mengajak diri saya dan kawan2 jom sama2 kita muhasabah diri kita apakah kita benar2 bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita selama ini. 



No comments:

Post a Comment