Monday 13 October 2014

PULANG KE RAHMATULLAH DAN BERGEMBIRALAH DI SANA WAHAI IBU

PENGORBANAN seorang ibu terhadap semua anak-anaknya adalah besar. Bukan sahaja sebagai orang yang melahirkan malah melindungi dan mendidik supaya anak menjadi manusia berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tidak pernah mengeluh di atas penat lelah, malah tidak juga mengharapkan pengorbanan itu dibalas dengan wang dan benda. Cukuplah kalau menjadi orang yang berguna serta tidak memalukannya dengan tingkah laku yang mencemar agama.

Pada tanggal 23 Ogos 2014 jam 11.00 pagi, Ibuku telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Nur Zahirah K.T. Semoga Roh Ibu berada dalam rahmat Allah dan di jauhkan daripada bala bencana dan azab kubur. Semoga roh ibuku juga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh. Aku sempat berada di sebelah ibu selama 2 hari dia dimasukkan ke hospital dan melihat sendiri bagaimana dalam keadaan nazak mata ibu yg sedikit berair tertutup dengan perlahan lahan. Mungkin ibu mendengar ucapan keramat "Lailahaillallah" yg aku ucapkan di telinganya sejak dari semalam lagi. aku x berhenti bergilir2 dengan abg dan kakak aku daripada menyebut kalimah keramat itudi telinga kanannya. Semoga akhir qalam ibuku di akhiri dengan Kalimah "Lailahaillallah" ...Insyallah Aminnnn.....:-(

Al-Ahqaf [15] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluhtahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.


No comments:

Post a Comment