Saturday, 12 March 2016

Friday, 11 March 2016

AFTER 2 YEARS





REUNION SMASZAL 2000

Kejohanan Futsal sempena meraikan majlis reunion pelajar SMASZAL batch SPM 2000 bertempat di Gelanggang futsal sport planet Wakaf Pelam pada 20 Feb 2015. Ikuti warna warni kejohanan





Monday, 13 October 2014

PULANG KE RAHMATULLAH DAN BERGEMBIRALAH DI SANA WAHAI IBU

PENGORBANAN seorang ibu terhadap semua anak-anaknya adalah besar. Bukan sahaja sebagai orang yang melahirkan malah melindungi dan mendidik supaya anak menjadi manusia berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tidak pernah mengeluh di atas penat lelah, malah tidak juga mengharapkan pengorbanan itu dibalas dengan wang dan benda. Cukuplah kalau menjadi orang yang berguna serta tidak memalukannya dengan tingkah laku yang mencemar agama.

Pada tanggal 23 Ogos 2014 jam 11.00 pagi, Ibuku telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Nur Zahirah K.T. Semoga Roh Ibu berada dalam rahmat Allah dan di jauhkan daripada bala bencana dan azab kubur. Semoga roh ibuku juga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh. Aku sempat berada di sebelah ibu selama 2 hari dia dimasukkan ke hospital dan melihat sendiri bagaimana dalam keadaan nazak mata ibu yg sedikit berair tertutup dengan perlahan lahan. Mungkin ibu mendengar ucapan keramat "Lailahaillallah" yg aku ucapkan di telinganya sejak dari semalam lagi. aku x berhenti bergilir2 dengan abg dan kakak aku daripada menyebut kalimah keramat itudi telinga kanannya. Semoga akhir qalam ibuku di akhiri dengan Kalimah "Lailahaillallah" ...Insyallah Aminnnn.....:-(

Al-Ahqaf [15] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluhtahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.


Sunday, 10 August 2014

BERSEDIAKAH KITA...

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari demi hari kita semakin dekat dengan kematian, kita semua akan menuju ke tempat yang sama iaitu alam kubur seterusnya alam barzakh dan alam akhirat. Sudahkan kita bersedia untuk menempuh waktu itu, adakah cukup amalan-amalan kita untuk memasuki syurga Allah swt. adakah kita pada hari ini sama shj dengan hari semalam dari sudut ibadah kita kpd Allah? adakah sama shj dengan ibadah kita ketika sebelum ramadhan baru2 ini, mintak-mintak kita semua akan lebih advance lagi dan cuba memperbaiki lagi amalan ibadat selari dengan sabda nabi " buat sikit tapi istiqomah lebih baik dari buat banyak tapi sekali sahaja."
insyallah dengan Rahmat Allah kita akan memasuki syurga Allah yag mengalir di bawah nya sungai2.

Cari lah bekalan untuk ke negeri akhirat, sebaik2 bekalan hanya la taqwa. Oleh itu banyak cara untuk menjadikan diri kita ini bertaqwa pada Allah, Cari apa sahaja kebaikan utk menghampirkan kita dengan Allah, sesungguhnya Allah bersama hambanya yang ingin melakukan kebaikan kerana Allah menyukai hamba2nya yang membuat kebaikan. Contohnya pada hari ini ramai orang yang melalaikan solat, dengar azan buat xtahu, buat sambil lewa, sedangkan itu panggilan Allah, berbeza pulak kita jika bos panggil cepat2 datang. kita buat awal fadhilatnya amat besar dan amat di sukai oleh rasulullah s.a.w. Buat lewat pon buat jugak, baik buat awal. senang cerita. tu bab solat.

Oleh itu, jom la kita mencari keredhan drpd Allah, cari la kebaikan apa yang boleh kita asal kan tidak bertentangan dengan syaria't Allah

Senyum sokmo..!! :-)

 


Tuesday, 18 February 2014

HEBATNYA MAKANAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Hebatnya Makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW

Daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).


Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.


Friday, 14 February 2014

KE MANA ROH KITA SELEPAS MATI

Soalan:Ini kisah benar yang menimpa saya dan amat merunsingkan. Kami baru berkahwin dan masih berbulan madu, suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan, saya reda. Dalam kesedihan saya bermimpi suami saya datang kepada saya seperti sebelum pemergiannya, kami gembira dan tidur bersama dengan bahagia. Selang beberapa malam di antara terlena dengan tidak, saya merasakan suami berada di samping saya, bermadu kasih dengan saya. Kemudian melarat sehingga saya benar-benar yakin, suami meniduri saya. Apakah sebe­narnya, apakah rohnya boleh balik melayan saya. Apa yang harus saya lakukan, saya benar-benar runsing sekarang.ZAHARAHLabis, Johor




Jawapan:
Saya sudah menjelaskan dalam beberapa soalan sebelum ini. Tetapi elok juga saya pertegaskan lagi bahawa, orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.
Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.
Firman Allah (Al-Mukminuun:100)

“Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan”.
Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan dibangkitkan semula
Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.
Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?
Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.
Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen. Qareen memang wujud, asalnya ia sebagai bayang-bayang, atau duplikasi daripada suami puan. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.
Oleh kerana ia bukan suami anda, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda, lindungilah diri anda dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).
Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.
Wallahu a’lam
(Petikan dari ruangan bersama Dato’ Dr. Haron Din – Harakah 1-15 April 2007