Monday 21 March 2016

FORMULA MENDAPAT REZEKI

Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha rajinkan diri baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Banyakkan berzikir kepada Allah

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Mulakan hari ini dan jangan bertangguh lagi

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah mempunyai keajaiban yang luar biasa

8. SOLAT AWAL WAKTU. Solatlah di awal waktu. Sekalipun sedang susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
Lain-lain:

11. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab kebanyakan penyakit bermula dari kaki.
Segalanya tidak mustahil berlaku dengan izin ALLAH..
Wallaahua'lam..

#bahagiandakwahjakim

No comments:

Post a Comment