Wednesday, 18 December 2013

KELEBIHAN ISTIRFAR



Rasulullah s.a.w mangingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah:

Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya: 







SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat sunat Tahjjud adalah solat sunat yang dikerjakan selepas terkejut daripada tidur walaupun tidur hanya sekejap, waktu nya antara isyak sehingga subuh. Solat sunat tahajjud amat dituntut oleh Rasulullah s.a.w dan ia sebagai ibadah tambahan kepada amalan-amalan kita, Baginda nabi s.a.w dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini.

 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(al isra' ayat 79)


Kesusahan akan di rasai oleh mereka yang jarang dan tidak mengejakan solat sunat ini, tetapi bagi mereka yang selalu mengamalkan solat sunat ini adalah satu nikmat pula malah akan berasa amat rugi jika tertinggal.

Malaikat akan membawa kendi emas pada sepertiga malam untuk menadah air mata taubat untuk menyiram api neraka yang menanti di akhirat nanti dan pintu langit terbuka seluas2nya untuk menerima taubat hambanya.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air ke muka nya, Allah juga sayangkan perempuan yang bangun malam dan mengerjakan solat dan membangunkan suaminya jika enggan, dipercikkan air ke mukanya" (HR Abu Daud)

Cara solat sunat Tahajjud: 
                                                

  • Rakaat pertama Al fatihah dan ayat kursi 7 kali manakala                                                                                         rakaat kedua Al fatihah dan Al ikhlas 11 kali                                                                                                     

                                                ATAU

  • Rakaat pertama Al Fatihah dan Al Kafirun manakala                                                                                               rakaat kedua Al fatihah dan Al ikhlas.


Nabi bersabda: "Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat"



KELEBIHAN SOLAT SUNAT SUBUH

Hari ini nak update berkenaan solat sunat subuh, simple jer tapi fadhilatnya MashaAllah ganjarannya lebih baik daripada dunia dan seisinya. Sebab apa saya cakap simple sebab cukup mudah bagi mereka yang bersungguh2 untuk mendapat ganjaran yang hebat itu.

Caranya juga cukup mudah, sebelum solat subuh, ambil masa tak sampai 3 minit dan buat solat 2 rakaat. ia juga di panggil solat sunat rawattib dan ia paling di tuntut oleh Baginda Nabi s.a.w.

Diriwayatkan oleh Aisyah R.A,
"Tidak ada solat sunat yang paling diperhatikan oleh Rasulullah s.a.w selain solat sunat sebelum subuh"
(HR Al-Bukhari)

Rakaat pertama baca Al fatihah dan al-kafirun manakala rakaat kedua Al fatihah dan alikhlas paling kurang, surah2 lain pun boleh.

Nabi bersabda: "Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat"


lebih baik dari dunia dan seisinya

"Dan mintalah pertolongan daripada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kusyuk"

Tuesday, 17 December 2013

GUA HIRAQ

Semalam mertua saya berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah, rasa sedih pun ada sebab tidak ada rezeki dari Allah kali ini, memang impian saya untuk solat depan kaabah dan melawat maqam Rasulullah s.a.w. potongan hadis ini menceritakan segala2nya, Rasulullah bersabda "barangsiapa yang menziarahi kuburku sesudah wafatku maka baginya seperti menziarahiku katika hidupku".

Tapi Allah maha kaya, sebab tahun lepas saya dah dapat merasainya. Saya nak kongsi sedikit mengenai (jabal nur) gua hiraq yang saya ziarah pada kunjungan saya hari itu,  Apabila melihat ketinggian dan kesukaran untuk mendakinya, terlintas di akal fikiran saya bagaimana dan betapa besar nya perngorbanan zaujah baginda Siti Khadijah yang mana naik turun untuk menghantar makanan kepada baginda Nabi s.a.w. kerana keadaan bukit yang amat tinggi sekali sedangkan waktu itu juga tidak ada tangga dan kemudahan awam untuk naik ke atas, tp hari ini kita di bekalkan dengan tangga walaupun tidak secantik tangga rumah kita.
Betapa indah nya perasaan dalam hidup ini seperti mimpi apabila dapat mencecah kaki ke gua hiraq, sungguh indah pemandagan dari atas bukit, saya tidak menunggu lama dah terus mengambil kesempatan untuk solat sunat 2 rakaat, dengan keadaan yang sempit dan berebut2 dengan pengunjung dapat jugak saya sujud syukur. saya nak kongsi beberapa gambar menarik gua hiraq di waktu malam. Ini lah beberapa gambar yang sempat saya rakam kan. Kami merinduimu Ya Rasulullah.






Hadis Nabi s.a.w:
Sesiapa yang menziarai aku di madinah dengan mengharapkan pahala, maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untuk membelanya pada hari kiamat .(HR Baihaki)


Monday, 16 December 2013

RUMAH ADA TANGGA

Perkahwinan adalah satu ikatan yang di tuntut oleh agama, seperti sabda Rasulullah "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
Rasulullah sendiri berkahwin apatah lagi kita yang mana amalan yang x seberapa ini. 
Saya cuma nak berkongsi beberapa perkara je berdasarkan 3 tahun pengalaman menjalani alam rumah tangga ni. 3 tahun je pun banyak sgt pangalaman hehe...Berani saya cakap ilmu adalah sangat penting dalam menjalani kehidupan berumah tangga, ini kerana ia berkait rapat dengan ayat "hablum minallah dan Hablum minnanas" kalau ikut hieraki la kapatuhan mutlak adalah kepada Allah swt baru la di ikuti oleh suami dan ibu bagi perempuan la. Sama juga lelaki kepatuhan mutlak adalah kepada Allah dan baru lah di ikuti oleh ibunya sendiri. 

Kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, di dalam mencari kesempurnaan kekadang kita juga terlanjur melakukan kesilapan, mana mungkin kita dapat menjaga hati semua orang terutama mertua kita, tetapi saya bersyukur di kurniakan seorang mertua yang bertanggungjawab dan baik hati. 
kalau berselisih faham sikit2 tu biasa lah...semua orang akan di uji oleh Allah kerana orang beriman itu selalu di uji, samada dari segi nikmat atau bala ataupun perasaan kita. 

Oleh itu kita patut bersyukur dengan nikmat perkahwinan. Bagi yang x berkahwin lagi cepat2 la kahwin yer..
A

Saturday, 14 December 2013

2050

Pejam celik pejam celik dah nak sampai setahun aku dan isteri pergi menunaikan umrah bersama ibu mertua. Sekarang tiba giliran biras aku plak pergi menunaikan umrah dan membawa hajat yang sama dengan aku dulu. Hajat ku adalah untuk mendapat cahaya mata, dengan berkat tanah suci dan izin Allah isteri aku telah hamil dan telah selamat melahirkan anak yang pertama pada 27-10-2013. Yang cutenya tarikh ini kalau campur semua jumlahnya 2050, tak ada apa2 pun saje je tarikh tu..:))).. semuanya dengan izin Allah. Dan yang lebih berharga lagi benih anak aku adalah benih madinah..:-)))) insyaAllah..

Hari ini genap 45 hari anak aku berada di dunia ini, semoga menjadi anak yang soleh dan yang penting dapat menjadi pencen kubur aku dan isteri..insyaAllah. 


Tuesday, 10 December 2013

AMARAN ALLAH

Kebelakangan ini banyak amaran Allah terhadap negara ini sejak akhir-akhir ini.. rasuah yang teruk, tsunami kecil, pergolakan negara-negara jiran, jenayah yang makin menakutkan, kenaikan kos hidup dalam pelbagai aspek, banjir besar, konflik dalam kalangan rakyat dan macam macam lagi..semua itu tanda-tanda bahaya yang sedang menjelma..berdoa dan kembalilah kita kepada Tuhan sebelum terlambat..

Hidup adalah kembara..merentasi satu perjalanan sehingga ke penamatnya yang kita tiada berita tentang bila..susah dan payah..puji dan fitnah..bahagia dan derita..suka dan derita..segalanya boleh menjelma untuk menjadi bekal ke syurga..atau menjadi punca ke neraka..Ya Allah! Matikan kami dalam keadaan menyerah diri kepadaMU dan masukkan kami dalam kalangan mereka yang soleh.

Istilah berehat sebenarnya bukan di dunia ini bahkan mati pun bukan suatu tempat istirehat bagi kita kerana kita akan menempuh satu lagi perjalanan yang panjang iaitu alam barzakh, dimana alam ini akan menetukan hala tuju kita samada ke syurga ataupun neraka. Kita tidak tahu berapa lama kita akan berada di alam barzakh.
Sesudah alam barzakh satu lagi alam yang menjelma iaitu alam akhirat, alam ini kita akan di hisab oleh Allah swt atas segala amalan2 yang kita lakukan atas dunia ini. Hamba yang lemah ini mengajak tuan2 dan sahabat untuk sama-sama muhasabah diri kita, apakah dengan amalan kita, kita akan masuk ke dalam syurga, tentu sekali tidak tetapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Wallahua'lam...