Thursday, 17 October 2013

NIKMAT YANG JARANG KITA SYUKURI

Kadang-kadang kita lupa yang kita di kelilingi oleh pelbagai nikmat, nikmat bernafas, mendengar, melihat bercakap, berjalan, berlari, makan, minum dan banyak sangat nikmat yang tidak terhitung oleh jari jemari dan bilangan nombor waima buih di lautan pun tidak dapat menyamai nikmat yang Allah s.w.t anugerah kan kepada kita. Ramai antara kita termasuk la hamba ni yang selalu melihat nikmat yang tidak ada depan mata, kita tak nampak pun nikmat yang tersergam di depan mata. spt mana firman Allah " Kalau kamu syukur Aku akan tambahkan, kalau kamu kufur azab pedih menanti". Apakah kita hendak termasuk dalam kalangan orang yang kufur nikmat, mesti kita tak mahu kan..firman Allah lagi "Allah la yang memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki, barangsiapa yang di beri nikmat maka dia akan di beri kebaikan yang banyak dan tiada mengambil pengajaran kecuali mereka yang berakal" Al baqarah: 269.

No comments:

Post a Comment