Alhamdulillah!!! Syukur padaMu ya Allah pada 27 oktober 2013 jam 4.47 ptg lahirlah putraku yang pertama setelah 9 bulan lebih mengembara di alam rahim ibunya. Sungguh terharu setelah mendegar tangisan seorang bayi yang sekian lama kami menunggu. Seawal jam 8 pagi kami ke klinik rawatan keluarga setelah isteri saya merasa sakit dan berasa lenguh-lenguh pinggang. jam 10 pagi doctor meminta isteri berehat dalam bilik yang di khaskan dan di masukkan air dalam badan supaya mudah untuk bersalin. Di ringkaskan cerita pada jam 3 ptg isteri di bawa ke bilik bersalin dan saya pun masuk la sekali. isteri di beri nasihat oleh doc dan meminta isteri bertahan dulu kerana sebelah bilik ada seorang lagi yang hendak bersalin juga mengalami kesukaran. Saya ambil kesempatan untuk solat asar dulu.
Selepas 15 minit kemudian, saya masuk kembali dan pada ketika itu saya melihat dengan mata kepala saya bagaiman kesusahan dan kesukaran untuk melahirkan seorang anak, mungkin inilah salah satu pengorbanan seorang isteri yang mana Allah angkatkan darjat seorang ibu ke level yang tinggi
. Rasanya saya sendiri tak tertanggung melihat kesakitan yang di alami oleh isteri. Alhamdulillah tepat jam 4.47 ptg, isteri saya selamat bersalin seorang bayi lelaki yang sihat.
setakat ni la dulu, nanti sambung.:-).!!!
No comments:
Post a Comment