Alhamdulillah!!! Perancangan saya untuk menyediakan simple homestay sedang berjalan lancar. Setakat ini tidak ada halangan yang benar-benar sukar cuma halangan untuk menyambung bekalan air ke rumah sahaja mengalami sedikit kesulitan. Tapi sebelum tu, pelbagai ujian dan cabaran yang saya telah tempuhi sepanjang mengambil alih sebuah rumah kondo yang saya beli dengan harga yang murah. Harga rumah dok sapa pun 30k, cukup murah, tetapi melihat keadaan rumah tersebut saya terpaksa buat renovation semula mungkin memakan sedikit duit dalam lingkungan 8-10k.
Langkah pertama yang saya ambil adalah berbincang dengan kakak saya yang kebetulan mempunyai sebuah hardware, jadi di pendekkan cerita semua barang-barang dan peralatan untuk renovation rumah tersebut semua saya serahkan kepada kakak saya termasuk tukang saya mintak dia cari juga...hehe..tugas saya hanya keluar duit..huhhh..
Oleh kerana kewangan tidak mengizinkan maka proses renovation juga perlahan..setakat ini hanya 50% baru siap..
No comments:
Post a Comment