Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.
Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Ramai yang tidak mengambil berat tentang hal sembahyang ini, bila dengar azan, buat tak tahu jer, sebagaimana Rasulullah bersabda: Apabila seseorang hamba itu solat pd awal waktu, maka solat itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah ke arasy, lalu solat itu memohon keampunan kpd Allah utk tuannya sehingga hari kiamat, ia berkata, semoga Allah emmelihara dikau sebagaimana dikau memelihara daku. Dan apabila seseorang itu solat lewat, solat itu naik ke langit bersama kegelapan, apabila tiba di langit dilipat seperti pakaian yg dilipat lalu dilemparkan ke muka nya dan berkata Allah mempersia2kan akan dikau sebagaimana dikau mempersia2kan daku."
No comments:
Post a Comment